LAMAN UTAMA

Latihan Ringkas Program E-Rezeki kepada Pelajar Kolej Ketengah

4
2
3
1

16hb Januari 2017 : Satu Program Latihan Ringkas E-Rezeki telah dijalankan kepada pelajar Kolej Ketengah bertempat di Kampus Kolej Ketengah. Latihan ini dijalankan oleh Persatuan Sahabat Puteri dengan kerjasama Romeka Sdn Bhd yang merupakan salah sebuah Pusat E-Rezeki yang dilantik oleh Multimedia Development Corporation Sdn Bhd (MDeC).

E-Rezeki adalah inisiatif Digital Malaysia yang bertujuan untuk menghubungkan golongan berpendapatan rendah dengan saluran pendapatan digital. Dengan E-Rezeki, individu diberi latihan untuk melakukan tugasan digital yang bersesuaian dan menjadi sebahagian tenaga kerja digital yang berdaya saing. Program E-Rezeki ini membolehkan peserta untuk mempelajari kemahiran baru dan menjana pendapatan tambahan dengan melaksanakan kerja-kerja yang menarik untuk syarikat-syarikat besar dari serata dunia serta syarikat-syarikat tempatan.