Pengurusan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur (ABM) telah mengadakan Kunjung Hormat Kepada Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)

3
2
1

17 Februari 2020 : Pengurusan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur yang diketuai oleh Encik Mohd Zaki Ismail; Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Hubungan Industri ABM Wilayah Timur dan Encik Nik Ariffin Nik Mustafa; Eksekutif Kanan ABM Wilayah Timur telah mengadakan kunjung hormat kepada YM Tg. Ahmad Nadzri bin Tg. Musa; Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu.

Tujuan kunjungan ini diadakan juga adalah untuk menyampaikan hasrat pihak ABM Wilayah Timur bagi menjalinkan kerjasama dalam bidang TVET dan Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK). Turut hadir bersama ialah Encik Emisham bin Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah, Puan Fadhlina binti Mohamed; Pengurus Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Sosial KETENGAH, Puan Amalina binti Mohd Basri; Penolong Pengurus Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Sosial KETENGAH dan Puan Norida binti Seman; Penyelia Pusat Latihan Kemahiran dan Kerjaya Kolej Ketengah.

Semoga hasrat ini dapat direalisasikan demi pembangunan modal insan di Wilayah Ketengah.

Pihak pengurusan Kolej Ketengah dan Lembaga Kemajuan Terengganu (KETENGAH) telah mengadakan kunjungan hormat kepada pihak pengurusan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

3
4
2
1
5

11 Februari 2020 : Pihak pengurusan Kolej Ketengah dan Lembaga Kemajuan Terengganu (KETENGAH) telah mengadakan kunjungan hormat kepada pihak pengurusan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kunjungan hormat kepada Y.Bhg Profesor Madya Dr. Abdul Rahim bin Razali; Dekan Falkulti Pembangunan Manusia UPSI dan Y.Bhg Profesor Madya Dr. Abdul Halim Ali; Pengarah Pusat Ulul Albab UPSI telah diketuai Haji Mohd Razaly bin Mahmud; Ahli Jawatankuasa Lantikan dan Ganjaran Ketengah, Puan Nur Hidayat binti Othman; Penolong Pengurus Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Sosial KETENGAH (Pendidikan & Institusi) dan Encik Emisham bin Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah

Tujuan kunjungan ini diadakan juga adalah untuk menyampaikan hasrat pihak Kolej Ketengah bagi menjalinkan kerjasama dalam bidang pendidikan dengan UPSI. Semoga hasrat ini dapat direalisasikan demi kebaikan kedua-dua pihak.

Kolej Ketengah bersiaran secara langsung di Radio Manis.fm bagi berkongsi maklumat berkenaan tawaran melanjutkan pelajaran di Kolej Ketengah untuk program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

 

25 Disember 2019 : Stesen Radio serantau No 1 di Malaysia iaitu Manis FM telah menjemput Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah; Emisham bin Embong ke Konti Manis FM untuk rakaman program yang telah disiarkan secara ‘live’ pada hari Jumaat, 27 Disember 2019 dari jam 5.00 petang hingga 6.00 petang.

Dalam sesi rakaman tersebut pihak kolej telah berkongsi maklumat berkenaan tawaran melanjutkan pelajaran di Kolej Ketengah untuk program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak kepada semua pelajar lepasan SPM yang lulus sekurang-kurangnya 3 kredit. Pengambilan Januari akan dibuat pada 28 Januari 2020 dan permohonan boleh dibuat mulai sekarang. Tawaran istimewa diberikan di mana yuran pendaftaran terendah iaitu hanya sebanyak RM350.00 sahaja dan penginapan di asrama adalah percuma sepanjang pengajian selama 2 tahun 4 bulan.

Turut dikongsikan dalam temubual tersebut ialah peluang memohon kemasukan ke program diploma menggunakan biasiswa yang di taja oleh Kumpulan Anak Syarikat Ketengah Holding Sdn Bhd. Pelajar yang berjaya akan ditanggung yuran pengajian dan diberi wang saku sebanyak RM 300 sebulan.

Syarat untuk biasiswa, Kolej Ketengah telah tetapkan sebanyak 4 syarat iaitu :-

1) Pelajar dan ibu-bapa mestilah merupakan rakyat negeri Terengganu yang tinggal di dalam Wilayah Ketengah.

2) Pendapatan ibu-bapa mestilah di bawah RM 2,000

3) Pelajar mestilah mengambil SPM pada tahun 2018, 2017 dan 2016 sahaja.

4) Lulus syarat yang ditetapkan oleh KPM dan MQA iaitu lulus SPM sekurang-kurangnya 3 kredit.

Kepada pelajar yang berminat boleh mendaftar di laman web ini. Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 Februari 2019. Pihak Kolej Ketengah mengucapkan terima kasih kepada pihak Manis FM yang menjemput pihak Kolej Ketengah untuk mempromosikan program-program yang ada di Kolej Ketengah. Sebarang pertanyaan bolehlah terus menghubungi Kolej Ketengah di talian 098222861 atau melalui aplikasi Whatapps ke nombor 0139194237.

 

Program Cuti Sekolah 'English is Fun 3.0'

10
3
11
8
7
9
2
1
5
13
4
12

Pusat Latihan Kemahiran & Kerjaya (PLKK) Kolej Ketengah telah menganjurkan Program Cuti Sekolah English is Fun 3.0 yang menyasarkan penyertaan di kalangan pelajar-pelajar cilik dari umur 7 sehingga 12 tahun. Program ini telah disertai oleh 57 orang kanak-kanak dari sekitar Dungun di mana pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan bertemakan ‘Pembelajaran Aktif, Pelajar Positif’. Program selama dua hari tersebut telah dijalankan di Auditorium Kolej Ketengah dan diterajui oleh Cik Firhana Nur Mohmed Hussin sebagai fasilitor, serta dibantu oleh pelajar-pelajar Kolej Ketengah.

Program English is Fun 3.0 bertujuan untuk menerapkan minat dan seterusnya menggarap kemahiran asas Bahasa Inggeris di kalangan kanak-kanak menggunakan kaedah yang menyeronokkan. Pelbagai aktiviti seperti Human Bingo, Let’s Speak, Let’s Go!, Charades, Active Quest dan lain-lain telah dijalankan. Para peserta cilik telah melakukan latihan kemahiran asas untuk mengeja dan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Penglibatan tutor di kalangan pelajar-pelajar Kolej Ketengah menjadikan pengalaman belajar lebih menarik dan menghiburkan. Selain daripada keseronokan membuat aktiviti-aktiviti program, para peserta juga menunaikan solat Zohor secara berjemaah selepas makan tengah hari.

Di akhir program, para peserta membuat persembahan kreatif secara berkumpulan dan disusuli dengan persembahan khas oleh tutor di mana persembahan tersebut telah menawan hati peserta-peserta cilik yang hadir. Ini menjadikan hubungan mesra antara fasilitator, tutor dan para peserta lebih dekat dan ia diharap akan menjadikan program seumpama ini dinantikan oleh ibu bapa dan peserta-peserta cilik di masa akan datang.

Seminar Memperkasa Wanita dan Kanak-Kanak Luar Bandar Tahun 2019 dengan tema 'Wanita Gemilang Keluarga Terbilang'

2
18
6
13
12
4
7
15
14
10
5
1
17
8
16
3
11
9

9 Disember 2019 : Kolej Ketengah dengan kerjasama Lembaga Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Ketengah Holding telah menganjurkan Seminar Memperkasa Wanita dan Kanak-Kanak Luar Bandar Tahun 2019. Seminar bertemakan Wanita Gemilang Keluarga Terbilang ini berlangsung di Auditorium Kolej Ketengah Bandar Al Muktafi Billah Shah Dungun Terengganu.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Ybhg Dato' Haji Zulkifli bin Mohamad ; Pengerusi KETENGAH. Turut hadir ialah Encik Mohd Radzi bin Md Noor; Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia KETENGAH, Tuan Haji Fakaruddin bin Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding dan Encik Emisham bin Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah.

Seminar yang berlangsung bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Ahli panel yang terlibat terdiri daripada Ybhg Prof. Madya. Ts. Dr. Sarifah Fauziah binti Syed Draman; Penolong Rektor Uitm Bukit Besi, Puan Jameyah Sherif; Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Puan Rozieta Shaary (Ibu Rose); Pakar Motivasi Keibubapaan.

Pelbagai acara menarik turut diatur seperti jualan 'Food Truck', jualan dari usahawan setempat dan Kempen Derma Darah oleh Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Kursus Jangka Pendek : Kursus Motivasi Pekerja

9
1
6
4
5
8
3
7
2

6 Disember 2019 : Pusat Latihan Kemahiran dan kerjaya (PLKK) Kolej Ketengah telah menganjurkan Kursus Motivasi Pekerja kepada 29 pegawai dan kakitangan sokongan syarikat anak Ketengah Holding Sdn Bhd yg terdiri daripada Syarikat Nikaniaga Travel & Tours Sdn Bhd, Kenyir Travel, Lawit Lodge, Stesen minyak Petronas Bandar Al Muktafi Billah Shah.

Kursus ini diadakan di New York Hotel, Johor Bharu. Penceramah ialah Encik Salman Lambak;  External Consultant Pusat Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) Kolej Ketengah yang berkemahiran dan pakar dalam Neuro Linguistic Programming (NLP).

Objektif utama kursus ini ialah untuk melahirkan pekerja yang tahu dan mahu cemerlang berdasarkan set skil, ilmu dan teknik yang diperolehi. Oleh itu, adalah amat penting usaha-usaha untuk menerapkan sikap kerja positif kepada setiap tenaga kerja diadakan secara berterusan agar mereka merasa sentiasa dihargai, bermotivasi tinggi, lebih berdisiplin, produktif serta cemerlang dalam melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Tuan Haji Fakaruddin bin Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding. Turut hadir ialah Encik Jamalulluddin bin Haidzir; Ketua Pegawai Eksekutif Nikaniaga Travel & Tours Sdn Bhd.

Pusat Latihan Kemahiran & Kerjaya (PLKK) Kolej Ketengah sedang giat menjalankan pelbagai kursus-kursus jangka pendek untuk sektor kerajaan mahupun swasta. Kami mengalu-alukan mana-mana syarikat yang ingin menghantar kakitangan mereka dengan menggunakan Levi HRDF untuk menyertai kursus bersama PLKK.

Untuk pertanyaan dan penganjuran kursus bolehlah menghubungi Puan Ida di talian 0199983213

Sub-Kategori

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI