Program Derma Darah Tahun 2018 dengan kerjasama Hospital Sultanah Nur Zahirah

4
6
7
3
8
2
5

3 Disember 2018 (Isnin) - Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dengan kerjasama Kolej KETENGAH telah menganjurkan Kempen Menderma Darah bagi mengisi kekurangan bekalan darah di Hospital Sultanah Nurzahirah, Kuala Terengganu. Program ini telah berlangsung di Dewan Utama Kolej KETENGAH dan berjaya menarik penderma dikalangan pelajar-pelajar Kolej KETENGAH, kakitangan dan masyarakat setempat. Turut disediakan bagi menarik pengunjung ialah jualan dari pengusaha ‘Food Truck’.

Program pada kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan dimana sebanyak 41 beg darah berjaya didermakan kepada pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk diberikan kepada pesakit-pesakit yang memerlukan. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua penderma-penderma.

Kolej Ketengah bersiaran secara langsung di Radio Manis.fm

3
2
1
4

Stesen Radio serantau No 1 di Malaysia iaitu Manis FM telah menjemput Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah; Emisham bin Embong dan Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Pemasaran; Pn Nur Umira ke Konti Manis FM untuk rakaman program yang akan disiarkan ‘live’ pada hari Jumaat, 30/11/2018 jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi.

Dalam sesi rakaman tersebut pihak kolej telah berkongsi maklumat berkenaan tawaran melanjutkan pelajaran di Kolej Ketengah untuk program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak kepada semua pelajar lepasan SPM yang lulus sekurang-kurangnya 3 kredit. Pengambilan Januari akan dibuat pada 15 Januari hingga 31 Januari 2019. Tawaran istimewa diberikan di mana tiada yuran pendaftaran dan penginapan di asrama adalah percuma sepanjang pengajian selama 2 tahun 4 bulan.

Kepada pelajar yang berminat boleh mendaftar di laman web ini. Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Januari 2019. Pihak Kolej Ketengah mengucapkan terima kasih kepada pihak Manis FM yang menjemput pihak Kolej Ketengah untuk mempromosikan program-program yang ada di Kolej Ketengah. Sebarang pertanyaan bolehlah terus menghubungi Kolej Ketengah di talian 098222861 atau melalui aplikasi Whatapps ke nombor 01110690515.

Pendaftaran Sesi November 2018 Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Separuh Masa) Kursus Dalam Cuti Tajaan KEMAS dan Persendirian

9
10
6
8
1
5

25 November 2018: Kolej Ketengah telah menerima kemasukan pelajar-pelajar baru kohort 4 seramai 27 orang bagi pendaftaran Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kursus Dalam Cuti). Seramai 24 orang pelajar adalah guru-guru Tabika dibawah tajaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS ) daripada Zon Utara dan Pantai Timur Semenanjung manakala 3 orang lagi adalah pelajar persendirian. Pelajar-pelajar ini akan memulakan pengajian bagi semester pertama bagi sesi November 2018. Tempoh pembelajaran Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kursus Dalam Cuti) adalah selama 3 tahun. Program ini merupakan pengajian peringkat diploma secara separuh masa dimana pembelajaran dibuat setiap kali cuti persekolahan.

Pendaftaran pelajar-pelajar Kohort 3 juga dibuat pada masa yang sama melibatkan 91 pelajar tajaan KEMAS seluruh semenanjung yang akan memulakan semester ketiga pada November 2018.

Kolej Ketengah menyertai Program Monsun Run 2018

6
2
5
4
3
1

22 November 2018: Seramai 50 orang pelajar dan 10 orang kakitangan  Kolej Ketengah telah menyertai Program Monsun Run 2018 yang dianjurkan Ketengah Holding Sdn Bhd dengan kerjasama KETENGAH dan UiTM Kampus Bukit Besi telah menganjurkan Monsoon Run 2018 pada 22 November 2018 bertempat di Bandar Bukit Besi, Dungun Terengganu.

Jarak larian adalah sepanjang 5KM berkonsep fun run telah melalui kawasan indah di Tasik Puteri. Disamping mengekalkan kecergasan, program ini bertujuan memperkenalkan Pusat Niaga Tasik Puteri kepada orang ramai yang kini sudah beroperasi. Turut diadakan kempen derma darah, jualan usahawan dan cabutan bertuah. Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH. Hadir sama pada majlis tersebut Encik Zainuddin bin Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH, Encik Mohd Radzi bin Md Noor, Pengurus Korporat Ketengah Holding Sdn. Bhd.

Taklimat Kepada Calon Utara (Guru KEMAS) Bagi Kemasukan Pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kursus Dalam Cuti)

3
4
1
2

17 November 2018 : Satu sesi taklimat telah dijalankan bertempat di Pusat Latihan KEMAS Kepala Batas, Pulau Pinang kepada calon pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kolej Ketengah bagi Mod Kursus Dalam Cuti. Calon pelajar dari zon utara adalah seramai 17 orang yang terdiri daripada guru-guru KEMAS Negeri Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis.

Sesi taklimat ini adalah berkenaan sesi pengenalan latar belakang Kolej Ketengah, yuran pengajian, struktur subjek serta kalendar akademik. Sesi taklimat ini juga sebagai satu  pendedahan awal kepada calon mengenai Kolej Ketengah dan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Turut hadir pada sesi taklimat ini adalah En. Mohd zuhairi bin Abdul Aziz; Timb. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Pembangunan), En. Emisham bin Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah, En. Zainul Adnan bin Zainal Abidin; Penolong Pengarah Bahagian Latihan dan Pembangunan Profesional,KEMAS Putrajaya, En. Zamri bin Razak; Penolong Pengarah Bahagian Latihan dan Pembangunan Profesional, KEMAS Putrajaya, Pn. Norhaslin binti Jalaludin; Penyelia Bahagian Latihan dan Pembangunan Profesional ,KEMAS Putrajaya, Pn. Rozita Md. Jusoh; Pen. Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Pulau Pinang dan Penyelia-Penyelia KEMAS Negeri Zon Utara.

Pengurusan Kolej Ketengah berharap kerjasama yang dijalankan dengan pihak KEMAS akan berkekalan dan memberi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak.

 

Kolej Ketengah menyertai Kejohanan Sukan Masiswa Zon Timur 2018

4
3
5
9
6
8
1
7
2
 
1 - 4 November 2018 - Kolej KETENGAH telah menyertai Kejohanan Sukan Masiswa Zon Timur 2018 yang bertempat di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kota Bharu, Kelantan. Kejohanan sukan IPTS anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia yang diadakan setiap tahun telah menarik penyertaan 16 IPTS seluruh pantai timur.
 
Kolej KETENGAH telah menghantar seramai 32 orang atlit bagi sukan Ping Pong, badminton dan bola jaring. Walaupun kontijen Kolej KETENGAH tidak mendapat sebarang pingat pada kejohanan ini, tetapi semangat kesukanan yang ditunjukkan atlit yang bertanding cukup membanggakan seluruh warga Kolej KETENGAH.