Program Pasar Percuma 2017 : "datang, senyum dan ambil apa sahaja"

5
3
1
6
2
4

4 Februari 2017 : Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Ketengah telah menganjurkan Program Pasar Percuma 2017 dengan konsep "datang, senyum dan ambil apa sahaja" di perkarangan RTC Terengganu, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu. Ia merupakan satu program Komuniti anjuran Kolej Ketengah dengan kerjasama agensi lain seperti Majlis Sekretariat Usahawan Terengganu,  Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu dan KETENGAH.

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dimana lebih 5000 pengunjung hadir mendapatkan pelbagai barangan percuma iaitu pakaian, mainan bayi dan pelbagai lagi. Program ini turut diserikan lagi dengan acara Tarian Zumba oleh pelajar-pelajar Kolej Ketengah dan Gunting Rambut Percuma. Exco Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Besi turut turun padang mengagihkan 50 pek minyak masak satu kilogram kepada pengunjung terawal.

Program ini mendapat liputan meluas di akhbar-akhbar tempatan berikutan kejayaan yang luar biasa dan ianya merupakan satu-satunya program seumpamanya diadakan di daerah ini. 

Tahniah dan syabas kepada Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Ketengah.