Program Assesment (Hiring & Talent Management Process)

 

4
5
3
6
2
1

8-9hb Februari 2017 : Kolej Ketengah dengan kerjasama ZAR Consultancy Services Sdn. Bhd. telah mengadakan Program Assesment (Hiring & Talent Management Process) untuk pihak Ketengah Holding Sdn. Bhd. Program ini berlangsung di Kampus Kolej Ketengah, Dungun, Terengganu. Program ini bertujuan untuk menilai calon yang berkelayakan untuk mengisi lapan (8) kekosongan jawatan di Ketengah Holding Sdn. Bhd. 

Seramai lima puluh sembilan (59) orang calon hadir untuk menjalani program penilaian ini. Tujuan penilaian dijalankan adalah untuk mengenal pasti kekuatan, kelemahan, dan potensi individu dalam menjalankan tugasan pada masa sekarang dan akan datang. Calon-calon menjalani personality test, english test, profiling test dan focus group briefing games pada sebelah pagi. Sesi petang calon mengikuti sesi ice breaking dan case study. Dan pada sebelah malam calon-calon menjalani group presentation. Pada 09hb februari sesi temuduga dijalankan bagi semua calon untuk memilih calon-calon yang layak bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Program Assesment (Hiring & Talent Management Process)