Program Kempen Menderma Darah Tahun 2017

darah3
darah2
darah1
darah4
darah5

10 Oktober 2017 (Selasa) - Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dengan kerjasama Kolej KETENGAH telah menganjurkan Kempen Menderma Darah sempena aktiviti-aktiviti Kolej bagi tahun 2017. Program ini telah berlangsung di Dewan Utama Kolej KETENGAH dan berjaya menarik penderma dikalangan pelajar-pelajar Kolej KETENGAH, kakitangan dan masyarakat setempat.

Program pada kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan dimana sebanyak 57 beg darah berjaya didermakan kepada pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk diberikan kepada pesakit-pesakit yang memerlukan. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua penderma-penderma.