Pemaju Masyarakat (PM) Cikgu Juliana Samat harumkan nama Kolej KETENGAH

 

Profile19 - 22 Oktober 2017 : Pemaju Masyarakat (PM) Cikgu Juliana Samat telah mengharumkan nama Bumi Kenyalang dan Kolej Ketengah setelah dinobatkan sebagai johan "PM Inovatif' bersempena Hari Potensi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Peringkat Kebangsaan 2017 yang berlangsung di Universiti Teknikal Melaka (UTEM). Beliau telah memperkenalkan inovasi tentang cara-cara bagaimana mengajar kanak-kanak dengan pelbagai kaedah terbaru. Pemaju Masyarakat (PM) Cikgu Juliana Samat merupakan graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (KDC) Kemas bagi sesi November 2013 hingga Disember 2016. Syabas dan tahniah diucapkan daripada seluruh warga Kolej Ketengah.
 
 
 
You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Pemaju Masyarakat (PM) Cikgu Juliana Samat harumkan nama Kolej KETENGAH