Semoga Berjaya Kontijen Kolej Ketengah !

 

5 November 2017 :  Satu Majlis Pelepasan Kontijen Atlit Kolej Ketengah telah diadakan bertempat di Kampus Kolej Ketengah bagi meraikan dan memberi kata-kata semangat kepada semua atlit yang akan menyertai Kejohanan Sukan Masiswa Zon Timur 2017  pada 5 hingga 8 November 2017 di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS). Seramai 37 atlit dari Kolej Ketengah akan bertanding dalam pelbagai acara sukan bersama-sama atlit daripada 15 IPTS Zon Timur.

Acara pelepasan Kontijen telah disempurnakan oleh Encik Zainudin bin Md Zaki, Pengerusi Kolej Ketengah. Turut hadir ialah Encik Emisham bin Embong, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah dan Puan Sharifah Zahara, Pengarah Mara Ketengah International Centre (MKIC).

 
You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Semoga Berjaya Kontijen Kolej Ketengah !