Kolej Ketengah menyertai Pertandingan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Wilayah KETENGAH 1439H/2017M

2
1
4
5
3

14 Disember 2017 (Khamis) : Kolej Ketengah telah menerima jemputan dengan menghantar 50 orang pelajar bersama kakitangan pengiring untuk menyertai Pertandingan Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul Wilayah KETENGAH 1439H/2017M yang bertempat di Padang Astaka, Bandar Ketengah Jaya, Dungun Terengganu.

Program ini diadakan untuk memperingati kelahiran Junjungan Besar Rasullullah S.A.W. Manusia Teragung sepanjang zaman yang membawa impak dan perubahan besar Tamadun Dunia dan sebagai wadah bagi mempereratkan ukhwah antara penduduk dalam Wilayah KETENGAH. 

Pasukan Kolej Ketengah telah mendapat tempat ke-4 daripada 40 pasukan yang bertanding melibatkan peserta pelbagai Agensi, IPT, Sekolah dan Agensi di bawah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).

Tahniah dan Syabas daripada pihak pengurusan Kolej Ketengah.

 
You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Kolej Ketengah menyertai Pertandingan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Wilayah KETENGAH 1439H/2017M