Pendaftaran Pelajar Sesi Januari 2018 Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Sepenuh Masa)

3
8
6
2
1
4
7
5
 

Pada 8hb Januari 2018 yang lalu, telah berlangsung sesi pendaftaran bagi kemasukan pelajar sesi Januari 2018. Seramai 16 orang pelajar telah mendaftarkan diri dalam program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Sepenuh Masa). Serentak dengan itu, Kolej Ketengah telah menjalankan program minggu silaturrahim bermula 9hb sehingga 11hb Januari 2018. Program ini dikendalikan oleh sebahagian kakitangan akademik dan pentadbiran Kolej. 

Tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhwah diantara pelajar baru, memberi pendedahan mengenai Kolej Ketengah dan juga mendisiplinkan pelajar dengan pelbagai aktiviti dari sudut keagamaan, riadah, dan lain-lain aktiviti yang ditetapkan sebelum sesi pembelajaran bermula.

Untuk makluman, permohonan bagi kemasukan Sesi Januari 2018 akan diteruskan sehingga 31 Januari 2018. Kepada yang berminat bolehlah menghubungi kami di talian 0982228621 atau berhubung melalui aplikasi Whatapps di talian 0169235407 (Puan Ida)

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Pendaftaran Pelajar Sesi Januari 2018 Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Sepenuh Masa)