Kursus Transformasi Minda dan Pemantapan Diri Pelatih Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) Wilayah KETENGAH Tahun 2017 di bawah Program Pembangunan Modal Insan (PPMI)

7
12
6
11
8
3
9
1
2
10
4
5

12 - 14 Januari 2018 : Kolej Ketengah dengan kerjasama Bahagian Kesejahteraan Rakyat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah mengadakan Kursus Transformasi Minda dan Pemantapan Diri Pelatih PLKK Wilayah Ketengah Tahun 2017 yang bertempat di Leo Pacific City Centre, Kuala Lumpur.

Program ini di sertai oleh 60 pelatih Program PLKK daripada pelbagai program seperti Kimpalan 6G, Insulasi Paip Gas, Industri Pelabuhan, 'Golf Fronline Operation', 'Golf Green Keeper & Buggy Mechanic', 'Building Elevetor Maintenence', 'Fiber Optic Installation & Maintenence' dan 'Mobile Crane Operation'. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri, motivasi dan dorongan kepada pelatih untuk terus maju dan berusaha memperbaiki kehidupan serta membantu meningkatkan ekonomi keluarga mereka. Program yang bermanafaat ini dikendalikan oleh ZAR Consultancy Service Sdn Bhd.

Majlis Penutup telah diadakan pada 14 Januari 2018 yang telah dirasmikan oleh Encik Mahdi Amin bin Ahmad; Pengurus Kanan Korporat KETENGAH. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Tuan Haji Asnawi bin Haji Mohd Amin; Pengurus Bahagian Kesejahteraan Rakyat KETENGAH dan Puan Aspalela binti Ramly; Pengarah Urusan ZAR Consultancy Services Sdn Bhd.

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Kursus Transformasi Minda dan Pemantapan Diri Pelatih Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) Wilayah KETENGAH Tahun 2017 di bawah Program Pembangunan Modal Insan (PPMI)