KONVOKESYEN KALI KE-2 KOLEJ KETENGAH BERLANGSUNG DENGAN PENUH MERIAH

2
8
5
3
1
4
9
7
6

27 Januari 2018 : Sejarah tercipta lagi apabila buat kali kedua, Kolej Ketengah telah berjaya mengadakan Majlis Konvokesyen Kali Ke-2 dengan suasana penuh meriah dan gilang-gemilang. Majlis ini diadakan di BALORA Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu. Seramai 211 Graduan telah menerima Ijazah, Diploma, dan Sijil Latihan Kemahiran (Program Latihan dan Kerjaya).

Pengurus Besar Ketengah, Tuan Haji Omar bin Ismail selaku penyampai anugerah di majlis tersebut  berkata “majlis konvokesyen ini adalah bukti yang menunjukkan bahawa Kolej Ketengah akan sentiasa menjadi pilihan sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang menawarkan kursus-kursus yang relevan dengan keperluan industri terutamanya dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak dan ianya menjadi pilihan guru-guru KEMAS seluruh Malaysia untuk menyambung pelajaran disini," katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) KEMAS; Encik Ahmad Kamal Idris bin Mohd Nawawi, Timbalan Pengurus Besar Pembangunan KETENGAH; Y.M. Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengerusi Kolej Ketengah; Encik Zainuddin bin Haji Md Zaki dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah; Encik Emisham bin Embong 

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua graduan.

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita KONVOKESYEN KALI KE-2 KOLEJ KETENGAH BERLANGSUNG DENGAN PENUH MERIAH