KURSUS PENGURUSAN & PENTADBIRAN PEJABAT TAHUN 2018

e
a
b
d
c

26 dan 27 Februari 2018 : Kolej Ketengah telah menganjurkan Kursus Pengurusan & Pentadbiran Pejabat Tahun 2018 bertempat di Kelab Golf Bukit Besi, Dungun Terengganu. Kursus ini disertai oleh 30 orang kakitangan Syarikat Anak Ketengah Holding Sdn. Bhd dan telah disampaikan oleh penceramah iaitu Encik Mohd Juhari bin Ab Kadir, Pegawai Kewangan Kanan, Pejabat Pendaftar Universiti Malaysia Terengganu.

Objektif kursus ini adalah untuk memantapkan kemahiran dan melahirkan pekerja yang kreatif, inovatif dan berketerampilan dalam tugasan di pejabat dan syarikat amnya.

Majilis penutup telah disempurnakan oleh Encik Che Wan Ahmad bin Che Wan Mat Amin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Kumpulan Ketengah Holding. Turut hadir bersama ialah Encik Emisham bin Embong, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah.

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita KURSUS PENGURUSAN & PENTADBIRAN PEJABAT TAHUN 2018