Program Brainy Witz Mara Ketengah International Centre (MKIC)

7
4
3
8
6
2
1
5
18 Mac 2018 : Mara Ketengah International Centre (MKIC)  telah menganjurkan program Brainy Witz yang bertempat di Auditorium, MKIC. Program ini telah mendapat tajaan daripada KETENGAH Holdings Sdn. Bhd. sebagai  sebahagian tanggungjawab sosial kepada masyarakat di dalam Wilayah Ketengah.
 
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar berkenaan pembelajaran secara interaktif sejajar dengan penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di sekolah. Seramai 80 orang pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 telah menyertai program yang diadakan ini. 
 
Majlis penutup dan penyampaian sijil bagi program tersebut telah disempurnakan oleh Encik Emisham bin Embong, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah yang mewakili Encik Mohd Zainuddin bin Md Zaki, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd.  Ustaz Ahmad Amiruddin bin Haji Ibrahim iaitu Pemangku Pengarah MKIC juga turut hadir dalam program ini.
You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Program Brainy Witz Mara Ketengah International Centre (MKIC)