Sumbangan Kepada Pelajar Terlibat Kemalangan

1
2
3

21 Mac 2018 (Rabu) : Pengurusan Kolej Ketengah dan Era Skill College telah menziarahi pelajar yang telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Lawatan telah dibuat kediaman pelajar tersebut iaitu di Kampung Burung Baru, Serdang, Dungun Terengganu.

Pelajar tersebut iaitu Yusri Ismat bin Mat Isa merupakan pelajar Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) Kolej Ketengah yang ditempatkan di Era Skill College telah terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa berulang alik menjalani latihan industri.

Sumbangan telah disampaikan oleh Encik Emisham bin Embong, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah dan Encik Zamri bin Ahmad Shakri, Pengurus Era Skill College.  

 

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Sumbangan Kepada Pelajar Terlibat Kemalangan