Kursus Jangka Pendek : Kursus Memahami Akta Kerja

3
4
6
5
1
2

25 - 26 Mac 2018 : Kolej Ketengah telah menganjurkan Kursus Memahami Akta Kerja kepada kakitangan Syarikat Anak Kumpulan Ketengah Holding Sdn. Bhd. Kursus ini telah diadakan di Dewan Utama Kolej Ketengah, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu. Seramai 20 orang kakitangan telah menyertai kursus ini.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan terutama kepada kakitangan pengurusan untuk memahami akta kerja yang telah diwartakan oleh kerajaan Malaysia. Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Ariffin bin Husain, Pegawai dari Jabatan Tenaga Kerja Negeri Terengganu.

Majlis penutup dan penyampaian sijil tamat kursus telah disempurnakan oleh Encik Emisham bin Embong, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah.

 

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Kursus Jangka Pendek : Kursus Memahami Akta Kerja