Program Cergas dan Ceria bersama Komuniti 2018

1
2
3
4

29 Mac 2018 : Sebagai sebuah syarikat anak dibawah Ketengah Holding, Kolej Ketengah telah menyertai program Ketengah Holding Cergas dan Ceria bersama Bersama Komuniti 2018 bertempat di Bandar Ketengah Jaya, Dungun Terengganu. Program ini disertai oleh semua kakitangan dan pelajar Kolej Ketengah.

Acara dimulai dengan senamrobik bersama komuniti. Kira-kira seramai 800 orang peserta telah mengikuti program ini. Acara diteruskan dengan ucapan dari YBhg Dato’ Haji Din bin Adam, Pengerusi Ketengah Holding. Turut hadir ke program tersebut ialah Tuan Haji Omar bin Ismai; Pengurus Besar Ketengah, Encik Zainuddin bin Mat Zaki; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding dan Encik Emisham bin Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah.

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Program Cergas dan Ceria bersama Komuniti 2018