Annual Grand (AGM) Meeting : Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Ketengah

5
2
4
1
3

11 April 2018 : Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Ketengah sesi 2017/2018 (MPP) telah mengadakan Annual Grand (AGM) Meeting bertempat di Dewan Utama Kolej Ketengah. AGM ini dihadiri seramai 130 orang mahasiswa sepenuh masa . Turut serta dalam majlis tersebut iaitu Encik  Harfizul Hardi bin Sulong sebagai Penolong Pendaftar dan beberapa kakitangan Kolej Ketengah.

Mesyuarat Agung ini diadakan sempena perletakan jawatan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2017/2018 serta proses melantik Majlis Perwakilan yang baru. Saudara Muhammad Radzi Bin Zukifli sebagai Yang Dipertua telah mengetuai pembubaran MPP yang lama dan proses undian melantik MPP sesi 2018/2019 bermula. Nur Adibah bin Mat Zaki telah dilantik dengan majoriti sebagai Yang Dipertua diikuti Madihah bin Mat Ali sebagai Naib Yang Dipertua dan beberapa perlantikan jawatan yang lain. Majlis ini berakhir dengan jayanya dan berakhir tepat jam 6.00 petang.

Memacu Sayap Kejayaan.

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Annual Grand (AGM) Meeting : Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Ketengah