Program Pelajar Bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Dungun (AADK Dungun)

4
1
5
2
3

18 April 2018 : Seramai 54 pelajar Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Batch 7 telah mnyertai Program AADK Daerah Dungun Bersama Pelajar yang telah diadakan di Dewan Utama Kolej Ketengah.

Program yang dirangka secara ringkas ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai penyalahgunaan dadah dikalangan pelajar. Pelbagai aktiviti, ceramah dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) telah disediakan pihak AADK Dungun sepanjang program tersebut berlangsung. Agensi Antidadah Kebangsaan ( AADK ) sentiasa berusaha memberi maklumat kepada golongan pelajar supaya ‘bangun dari lena’ untuk menjadi modal insan yang sihat dan menjadi kebanggaan negara.

Program ini juga merupakan satu langkah ke arah memberi pengetahuan asas tentang dadah bagi menyelesaikan masalah pelajar daripada menghadapi tekanan yang boleh mendorong mereka terlibat dengan penagihan dadah.

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Program Pelajar Bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Dungun (AADK Dungun)