KURSUS JANGKA PENDEK : TRANSFORMASI DAN ETIKET DALAM IMEJ PROFESIONAL 2018

2
5
3
4
1

29 - 30 April 2018 : Kolej Ketengah telah menganjurkan Kursus Jangka Pendek : TRANSFORMASI DAN ETIKET DALAM IMEJ PROFESIONAL yang bertempat di Dewan Kelab Golf Bukit Besi, Dungun Terengganu. Kursus ini telah menarik penyertaan seramai 22 orang kakitangan luar, kakitangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah dan kakitangan Syarikat Anak Ketengah Holding.

Kursus ini yang disampaikan oleh penceramah berpengalaman luas iaitu Puan Shiema Binti Abdullah / Cikgu Shiema daripada I Square Training & Consultancy. Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan imej professional organisasi dengan membantu para peserta memantapkan tatacara penampilan diri secara profesional, serta meningkatkan personaliti diri dengan kemahiran komunikasi professional dan etiket sosial.

Kesimpulannya, pihak penganjur berharap para peserta mendapat ilmu, kemahiran dan panduan yang spesifik bagi membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkan ketrampilan diri dan personaliti. Ketrampilan diri seorang pekerja akan menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti  dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Encik Emisham bin Embong, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah.

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita KURSUS JANGKA PENDEK : TRANSFORMASI DAN ETIKET DALAM IMEJ PROFESIONAL 2018