LAWATAN BERMAKLUMAT KE KOLEJ POLY TECH MARA (KPTM) BANGI, SELANGOR

2
1
3
6
5
4

14 - 15 Mei 2018 : Pihak Pengurusan Kolej Ketengah yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif bersama 7 kakitangan pengurusan telah mengadakan lawatan bermaklumat ke KPTM Bangi, Selangor. Tujuan lawatan ini dilakukan adalah untuk berkongsi maklumat dengan pihak KPTM Bangi terutama sekali berhubung dengan pengiktirafan MyQUEST.

Pada hari pertama lawatan, satu taklimat serta brainstorming yang telah dipengerusikan oleh Encik Ramli bin Mohd Jawi, Pengarah KPTM Bangi bagi berkongsi ideal dan maklumat untuk dibangunkan di dalam institusi masing-masing berhubung dengan objektif kunjungan lawatan tersebut. Pada hari kedua pula, pihak pengurusan Kolej Ketengah telah dibawa untuk melawat serta melihat beberapa tempat seperti perpustakaan, bilik kuliah, unit kaunseling, unit kebajikan pelajar, unit kewangan serta unit pelajar antarabangsa dan unit promosi.

Sepanjang 2 hari lawatan, banyak ilmu serta maklumat antara kedua-dua institusi ini yang dapat dikongsi bersama demi memajukan institusi masing-masing dalam usaha untuk meningkatkan lagi taraf profesionalisme antara kedua-dua  institusi. Tahniah diucapkan kepada KPTM Bangi kerana memperolehi penarafan 6 Bintang dalam MyQuest 2016/2017.

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita LAWATAN BERMAKLUMAT KE KOLEJ POLY TECH MARA (KPTM) BANGI, SELANGOR