Bengkel Pemurniaan Dokumen MQA 01: Program Kerjasama Francais antara Kolej Ketengah dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza)

6
5
2
3
1
4

27 - 28 Jun 2018 : Kolej Ketengah dan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) telah mengadakan Bengkel Permurniaan Dokumen MQA 01 bagi Program Kerjasama Francais bertempat di Auditorium Perpustakaan Unisza Kampus Gong Badak, Terengganu.

Bengkel ini diadakan bagi melengkapkan syarat-syarat yang ditetapkan Malaysia Qualification Agency (MQA) bagi Program Francais antara Kolej Ketengah dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza). Dengan jalinan kerjasama ini, Kolej Ketengah akan mengorak langkah lebih jauh dalam bidang pendidikan tinggi dengan menawarkan program francais bersama Unisza iaitu Diploma Perakaunan, Diploma Sumber Manusia dan Diploma Pemasaran. Semua program diploma tersebut dijangka akan memulakan pengambilan pertama pada bulan Disember 2018.

Bengkel Permurniaan Dokumen MQA 01 ini turut disertai oleh Dr. Aznida Hayati bin Zakaria; Timbalan Pengarah Pusat Pendidikan Berterusan Unisza, Prof. Madya Dr. Wan Norhayate binti Wan Daud; Dekan Falkulti Ekonomi dan Sains Pengurusan Unisza, Encik Emisham bin Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah dan Pensyarah-pensyarah Kolej Ketengah dan Unisza.

 

 

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Bengkel Pemurniaan Dokumen MQA 01: Program Kerjasama Francais antara Kolej Ketengah dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza)