Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kolej Ketengah Tahun 2018

5
1
3
4
2

11 Julai 2018 (Rabu) : Kolej KETENGAH telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Kampus Kolej KETENGAH Bandar Al Muktafi Billah Shah.

Majlis ini telah berlangsung dengan meriah dan diserikan lagi dengan kehadiran kira-kira 200 tetamu jemputan daripada Kakitangan Ketengah, Ketengah Holdings dan juga pelbagai agensi kerajaan dan swasta sekitar Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun. 

Objektif majlis ini adalah bagi meningkatkan syiar Islam melalui sambutan perayaan Islam dan memperkukuhkan ukhwah diantara warga Kolej Ketengah terutama pelajar dengan masyarakat setempat. Pelbagai juadah menarik dan membuka selera dihidangkan diantaranya ketupat rendang, sate, nasi tomato dan pelbagai lagi hidangan yang menarik.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari seluruh Warga Kolej KETENGAH

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kolej Ketengah Tahun 2018