Kursus Jangka Pendek : Estate Budgetary Cost Control For Planters

9
8
6
7
4
2
1
3
5

24 Julai 2018 (Selasa) : Kolej Ketengah telah menjalankan Kursus Jangka Pendek : 'Estate Budgetary Cost Control For Planters' bertempat di Dewan Utama Kampus Kolej Ketengah, Bandar Al Muktafi Billah Shah Dungun Terengganu. Kursus ini disampaikan oleh penceramah yang berpengetahuan luas dalam bidang ini iaitu Encik Mohd Sabre Bin Salim dari Mdv Management Sdn Bhd. Seramai 21 orang peserta dari pelbagai syarikat telah menyertai kursus ini.

Dalam perniagaan perladangan, keupayaan untuk memahami kewangan dan berkomunikasi secara kewangan adalah penting dan mengetahui cara membuat & meningkatkan keuntungan adalah salah satu bahan utama untuk kejayaan perniagaan. Kursus ini telah menyentuh keupayaan kewangan keseluruhan untuk memacu prestasi kewangan melalui bajet dan kawalan kos. Para peserta telah didedahkan untuk menganalisis proses kerja dan membuat keputusan kewangan yang tepat untuk memberi kesan yang lebih besar terhadap pulangan operasi, keuntungan dan pertumbuhan yang mampan.

Melalui penganjuran kursus ini, pihak penganjur berharap para peserta mendapat ilmu, kemahiran dan panduan yang spesifik bagi membolehkan setiap organisasi mencapai keuntungan dan kejayaan. Diharap juga para peserta akan dapat membangun dan memajukan syarikat dengan meningkatkan keupayaan serta memajukan kewangan keseluruhan syarikat.

Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil kepada peserta telah disempurnakan oleh Encik Zainuddin bin Md Zaki, Pengerusi Kolej Ketengah dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding.

(Kolej Ketengah merupakan penyedia latihan yang berdaftar dengan HRDF sentiasa menganjurkan pelbagai Kursus Jangka Pendek yang sesuai untuk orang perseorangan, kakitangan swasta atau kerajaan dan juga pelajar. Sebarang pertanyaan mengenai Kursus Jangka Pendek bolehlah terus berhubung dengan Puan Ieza di talian 098221492)

 

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Kursus Jangka Pendek : Estate Budgetary Cost Control For Planters