Kursus Jangka Pendek : Pengurusan Stres

8
1
3
5
4
6
7
2

 

25 Julai 2018 (Rabu)  : Kolej Ketengah telah menganjurkan Kursus Jangka Pendek : Pengurusan Stres bertempat di Dewan Utama Kolej Ketengah, Bandar Al Muktafi Billah Shah Dungun Terengganu. Kursus ini disampaikan oleh Encik Salman Bin Lambak ;Timbalan Pengarah, Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza). Seramai 30 orang peserta daripada pelbagai organisasi kerajaan dan swasta menyertai kursus ini.

Secara umumnya kursus ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada kakitangan mengenai isu – isu tekanan di tempat kerja. Bagi membantu pegawai dalam melancarkan pengurusan dan pengendalian permasalahan tekanan di tempat kerja. Melalui penganjuran kursus ini, pihak penganjur berharap para peserta akan dapat mengurus dan mengawal emosi dan tekanan di tempat kerja.  

Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus telah disempurnakan oleh Encik Zainuddin bin Md Zaki; Pengerusi Kolej Ketengah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding. Turut hadir ialah Encik Emisham bin Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah.

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Kursus Jangka Pendek : Pengurusan Stres