Kolej Ketengah menyertai Program Liqa' Mahabbah Sahibus Samahah Dato' Mufti & AJK Fatwa bersama masyarakat dengan Kerjasama Pejabat Agama Daerah Dungun Terengganu

3
4
6
1
5
2

31 Julai 2018 : Seramai 33 orang pelajar dan 2 pegawai pengiring telah menyertai  Program Liqa' Mahabbah Sahibus Samahah Dato' Mufti & AJK Fatwa bersama masyarakat dengan Kerjasama Pejabat Agama Daerah Dungun Terengganu bertempat di Dewan Utama Majlis Perbandaran Dungun.

Liqa Mahabbah adalah satu platform untuk masyarakat bertanya soalan berkaitan dengan hukum hakam dan masalah agama yang dihadapi oleh umat islam. Antara soalan yang di tanya dalam diskusi tersebut berkaitan dengan transgender, masalah solat dalam kapal terbang, masalah dalam solat jumaat, soal ASB dan pelbagai lagi soalan di ajukan kepada panel. Salah seorang Ahli panel yang terlibat ialah Mufti Terengganu, Dato’ Dr. Zulkifly Muda.

Semoga pelajar-pelajar Kolej Ketengah yang menyertainya mendapat sedikit ilmu bermanafaat untuk diri sendiri dan orang ramai. 

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Kolej Ketengah menyertai Program Liqa' Mahabbah Sahibus Samahah Dato' Mufti & AJK Fatwa bersama masyarakat dengan Kerjasama Pejabat Agama Daerah Dungun Terengganu