Kakitangan Kolej Ketengah Menyertai Seminar Emergency Response Team 2018

4
7
6
3
1
2
5

29 - 31 Julai 2018 : Kakitangan Kolej Ketengah telah menyertai Seminar Emergency Response Team 2018 anjuran Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur Terengganu. Seminar ini telah diadakan selama  3 hari 2 malam bertempat di Akademi Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai, Marang Terengganu. Kakitangan yang bertanggungjawab dalam tugas keselamatan pelajar dan kawasan kampus iaitu Cik Nor Mastura Mohamed sebagai peserta seminar tersebut.

Seminar ini penting sebagai nilai tambah kepada kakitangan berkenaan pengurusan aspek keselamatan kebakaran, menilai risiko kebakaran dan latihan teknikal menghadapi kebakaran. Semoga apa yang dipelajari dalam seminar tersebut dapat digunapakai di Kolej Ketengah.

Majilis penutup telah disempurnakan oleh YAS Dato' Hj. Amer bin Hj. Yusof, timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. 

 

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Kakitangan Kolej Ketengah Menyertai Seminar Emergency Response Team 2018