Pelajar Kolej Ketengah akan menyertai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam sebagai subjek Kokorikulum.

6
4
1
3
5
2

1 Ogos 2018 : Kolej Ketengah telah menjemput  pegawai-pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk menberi taklimat bagi menjadikan pasukan APM salah satu subjek ko-kurikulum di kolej ketengah. Subjek Ko- APM ini akan dijalankan selama 5 semester dan melayakkan pelajar tersebut ditauliah sebagai Staff Muda (PA). Dijangkakan perintis bagi Ko-APM ini adalah pelajar dari Batch 9 Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak seramai 56 orang.

Program APM ini dapat melatih dan memberikan pendedahan kepada peserta untuk mengaplikasikan ilmu kepimpinan yang dipelajari dan menabur bakti kepada masyarakat. Selain itu, program ini memberi penambahan markah kumulatif kepada peserta sebagai satu subjek kokurikulum. Jika segalanya berjalan mengikut perancangan, dianggarkan subjek ko-kurikulum  Ko-APM akan dapat dijalankan selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Pegawai-pegwai APM yang hadir iaitu Kapten (PA) Ramlan Ros Bin Wahid Lt (PA) Che Baharudin Bin Che Mahmud, Lt. M (PA) Balqis Binti Baba dan SM (PA) Mohamad Hafizol bin Mohamed telah disantuni oleh Encik Emisham bin Embong, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah.

 
You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Pelajar Kolej Ketengah akan menyertai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam sebagai subjek Kokorikulum.