Lawatan Validasi Premis dan Fasiliti Kolej Ketengah bagi Penawaran Program Francais Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)

10
2
5
6
9
4
1
3
7
8

 

14 Ogos 2018 : Pihak Kolej Ketengah menerima lawatan dari pihak UniSZA yang terdiri daripada  Prof. Dr. Ahmad Shukri bin Yazid; Penolong Naib Canselor, Dr. Mohd Adzim Khalili bin Rohin ;Pengarah Pusat Pendidikan Berterusan (CCE) UniSZA , Dr. Aznida Hayati binti Zakaria @Mohamad; Timbalan Pengarah CCE dan Puan Nur Fatin Hannani binti Imran; Penolong Pendaftar CCE. Selain itu, wakil dari pihak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah iaitu Tn Hj Asnawi  bin Hj Mohd Amin, Pn Nur Hidayat binti Othman dan Puan Norizan  serta wakil dari Ketengah Holding  En Radzi bin Mohd Noor; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Encik Emisham bin Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah turut serta  di dalam program ini.

Program ini dijalankan bertujuan untuk melengkapkan dokumentasi MQA 01 bagi penawaran program francais Unisza bersama Kolej Ketengah iaitu program Diploma Pemasaran,Diploma Sumber Manusia dan Diploma Perakaunan. Laporan Validasi Premis dan Fasiliti ini amat penting bagi melengkapkan lampiran untuk penghantaran dokumen kepada pihak MQA  kelak. Program bermula jam 10 pagi dengan sesi taklimat ringkas dari pihak Kolej Ketengah sebelum memulakan lawatan ke setiap bangunan yang akan digunakan sebagai “ UniSZA Learning Centre”.  Semoga program usahasama ini akan berjalan lancar mengikut perancangan yang telah dibuat.

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Lawatan Validasi Premis dan Fasiliti Kolej Ketengah bagi Penawaran Program Francais Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)