Kakitangan Kolej Ketengah menyertai Pertandingan Memasak Bubur Asyura bersama Komuniti Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu Tahun 2018

1
6
3
2
4
5

4 Oktober 2018 : Aktiviti memasak bubur asyura cukup sinonim dengan Sambutan Ma’al Hijrah. Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) turut meraikan sambutan Ma’al Hijrah ini dengan mengadakan Program Memasak Bubur Asyura bersama Komuniti Wilayah KETENGAH 1440H/2018M. Bertempat di Pekarangan Dewan Orang Ramai Blok A, Bandar Al Muktafi Billah Shah , Kolej Ketengah telah mengambil bahagian dengan memasak 1 kawah bubur asyura. Program ini membabitkan penglibatan seluruh warga Kolej Ketengah.
 
Turut bersama-sama dalam program ini ialah para penduduk Bandar Al Muktafi Billah Shah, termasuk penduduk dan komuniti seluruh Bandar Al Muktafi Billah Shah. Kolej Ketengah telah mendapat saguhati dalam pertandingan ini dan hadiah disampaikan oleh Pengurus Besar KETENGAH iaitu YM Tg. Ahmad Nadzri bin Tg. Musa.

 

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Kakitangan Kolej Ketengah menyertai Pertandingan Memasak Bubur Asyura bersama Komuniti Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu Tahun 2018