Mesyuarat Pelaksanaan Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak Mode Kursus Dalam Cuti Tajaan KEMAS Tahun 2018

10 Oktober 2018 : Pihak Pengurusan Kolej Ketengah telah menghadiri Mesyuarat Pelaksanaan Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kursus Dalam Cuti Tajaan KEMAS Tahun 2018 bertempat di Ibu Pejabat KEMAS Putrajaya. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai pelaksanaan Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Kolej Ketengah untuk gugu-guru tajaan KEMAS bagi ambililan sesi November 2018.

Pihak Kolej Ketengah akan menerima seramai 50 orang pelajar tajaan KEMAS bagi program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kursus Dalam Cuti) bagi pengambilan sesi November 2018 nanti. Sehubungan itu, pengurusan Kolej Ketengah mengucapkan tahniah dan Selamat Datang kepada bakal-bakal pelajar tajaan KEMAS yang akan mendaftar pada November 2018 nanti. 

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Mesyuarat Pelaksanaan Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak Mode Kursus Dalam Cuti Tajaan KEMAS Tahun 2018