Pendaftaran Pelatih Program Latihan Kemahiran Dan Kerjaya (PLKK) 2018

15 Oktober 2018 - Kolej KETENGAH telah menerima kemasukan seramai 16 orang pelatih Wilayah KETENGAH untuk mengikuti kursus dalam bidang 'Oil & Gas' di Kampus Kolej KETENGAH.

Program ini adalah satu usaha yang direalisasikan Kementerian Kemajuan Luar Bandar menerusi KETENGAH bagi membantu kumpulan sasar yang terdiri daripada belia-belia sekitar Wilayah Ketengah bagi mendapatkan kemahiran dan pekerjaan terutama dalam bidang oil & gas. 

Seramai 6 orang pelatih ditawarkan mengikuti kursus kimpalan 6g di bawah Program Latihan Kemahiran Dan Kerjaya (PLKK) Kolej Ketengah dengan kerjasama Era Skill College manakala seramai 6 orang pelatih ditawarkan mengikuti Kursus Insulasi Paip Gas di bawah Program Latihan Kemahiran Dan Kerjaya (PLKK) Kolej Ketengah dengan kerjasama Ranaco Marine Sdn Bhd.

Pelatih-pelatih ini akan mengikuti kursus selama 25 minggu (6 bulan) bermula 15 Oktober 2018 hingga 14 April 2019.

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Pendaftaran Pelatih Program Latihan Kemahiran Dan Kerjaya (PLKK) 2018