Kursus Jangka Pendek : Team Building (Teaming With Passion) Siri 1

13
11
7
9
8
2
6
5
12
10
3
14
4
1

Kolej Ketengah telah menganjurkan Kursus Team Building (TEAMING with PASSION) untuk kakitangan Kumpulan Pengurusan (A) KETENGAH dan Pengurusan KHSB dan Anak Syarikat Ketengah Holding Sdn Bhd bertempat di Serene Resort & Training Centre, Janda Baik Pahang. Kursus siri pertama ini telah diadakan pada 16 - 18 Oktober 2018 (Selasa - Khamis) selama 3 hari 2 malam. Seramai 36 orang kakitangan menyertai program team building siri pertama ini yang terdiri daripada 14 orang Pegawai Kumpulan (A) KETENGAH dan 22 orang pegawai Ketengah Holding Sdn Bhd dan Anak Syarikat KHSB.

Tujuan kursus team building ini diadakan adalah sebagai usaha jangka panjang dalam melahirkan kakitangan yang setia, berintegriti dan bekerjasama di bawah satu matlamat iaitu agensi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Kursus ini akan turut memberi pendedahan kepada setiap kakitangan berkaitan sikap dan tanggungjawab yang perlu ada dalam diri kakitangan di samping meningkatkan potensi diri bagi memajukan organisasi selaras dengan visi, misi dan objektif agensi/syarikat.

Penceramah Jemputan yang mengendalikan program ini ialah Encik Hafiz Musthapa (CuteCarry), Micheal Teoh (Thriving Talents) dan Encik Saifu bin Pathil, Outdoor Profesional Instructor Serene Resort. Majlis penutup dirasmikan oleh Pengurus Besar; YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan; Encik Radzi bin Md. Noor dan Encik Mohd Azmi bin Muda; Pengurus Bahagian Pentadbiran Dan Pengurusan Sumber Manusia KETENGAH.

 

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Kursus Jangka Pendek : Team Building (Teaming With Passion) Siri 1