Program Derma Darah Tahun 2018 dengan kerjasama Hospital Sultanah Nur Zahirah

6
3
5
8
2
4
7

3 Disember 2018 (Isnin) - Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dengan kerjasama Kolej KETENGAH telah menganjurkan Kempen Menderma Darah bagi mengisi kekurangan bekalan darah di Hospital Sultanah Nurzahirah, Kuala Terengganu. Program ini telah berlangsung di Dewan Utama Kolej KETENGAH dan berjaya menarik penderma dikalangan pelajar-pelajar Kolej KETENGAH, kakitangan dan masyarakat setempat. Turut disediakan bagi menarik pengunjung ialah jualan dari pengusaha ‘Food Truck’.

Program pada kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan dimana sebanyak 41 beg darah berjaya didermakan kepada pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk diberikan kepada pesakit-pesakit yang memerlukan. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua penderma-penderma.

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Program Derma Darah Tahun 2018 dengan kerjasama Hospital Sultanah Nur Zahirah