Perbincangan Kerjasama diantara Kolej Ketengah dan Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS ( PIUC )

1
2
0

18 Februari 2019: Satu perbincangan di antara Kolej Ketengah dan Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS ( PIUC ) telah diadakan untuk membincangkan kaedah usahasama yang boleh dijalankan antara kedua-dua pihak. Perbincangan ini telah diadakan di Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS ( PIUC ), Kuala Lumpur. Perbincangan dipengerusikan oleh Prof. Datuk Dr. Haji Mohd Zubir bib Sheikh Saad, Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS ( PIUC ). Turut menyertai perbincangan ini Encik Zainudin bin Mohd Zaki; Pengerusi Kolej Ketengah, Encik Emisham bin Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah dan Puan Nur Umira binti Mustapha; Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kolej Ketengah.

Perbincangan dimulai dengan sesi taklimat mengenai Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS ( PIUC ) dan diikuti dengan taklimat dari wakil Kolej Ketengah. Perbincangan diteruskan dengan mendengar pandangan serta idea mengenai peluang usahasama di antara dua institusi ini. Semoga kerjasama ini diharap akan dapat memberikan manfaat dan merapatkan lagi sillaturahim yang telah terjalin.

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Perbincangan Kerjasama diantara Kolej Ketengah dan Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS ( PIUC )