Perjumpaan Khas Yb Dr Maszlee; Menteri Pendidikan Malaysia bersama Pegawai dan Wakil daripada Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)

21 Februari 2019 : Encik Emisham bin Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah telah menyertai sesi Perjumpaan Khas YB Dr Maszlee bersama Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). YB Menteri Pendidikan Malaysia telah bertemu dengan kira-kira 400 pemimpin dan wakil Institusi Pendidikan Tinggi Swasta bertempat di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya.

Sesi ini merupakan usaha berterusan KPM bagi memperkukuhkan libat urus bersama semua pihak dalam memastikan mutu pendidikan tinggi negara berada pada tahap cemerlang. Menerusi pertemuan ini YB Dr Maszlee berkongsi dasar, matlamat dan hala tuju KPM dalam membangunkan sistem pendidikan tinggi negara. Dalam ucapannya, YB Dr Maszlee berkongsi tentang sumbangan IPTS dengan menyediakan pendidikan tinggi yang berkualiti kepada rakyat Malaysia.

 
 
 
You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Perjumpaan Khas Yb Dr Maszlee; Menteri Pendidikan Malaysia bersama Pegawai dan Wakil daripada Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)