Pelajar Kolej Ketengah menyertai Program Khidmat Masyarakat

2
4
3
1
5

1 Mac 2019 : Seramai 48 pelajar Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Batch 9 bersama 3 pegawai pengiring telah menyertai Program Khidmat Masyarakat kerjasama antara KETENGAH dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ( MPKK) Kg. Jerangau dan juga PIBG Sekolah Kebangsaan Jerangau. Program ini diadakan  di Sekolah Kebangsaan Jerangau, Dungun Terengganu.

Pembinaan pondok menunggu yang dinamakan Pondok Tanjung merupakan salah satu sumbangan KETENGAH kepada pihak sekolah bagi memberi kemudahan kepada ibu bapa dan pelajar-pelajar sekolah apabila selesai sesi persekolahan atau sebarang aktiviti sekolah. Penyediaan pondok menunggu ini secara tidak langsung  menunjukkan bahawa aspek keselamatan pelajar-pelajar sekolah ini sentiasa dititikberatkan.

Di samping gotong royong pembinaan pondok menunggu, gotong royong pembersihan kawasan sekolah dan persekitaran juga telah diadakan dan disertai oleh lebih 200 orang yang terdiri daripada pengurusan  KETENGAH, ibu bapa dan guru, NGO's seperti PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH, AKRAB, Majlis Bersama Jabatan, MPKK Kg Jerangau, pelajar Kolej KETENGAH dan juga kakitangan Pusat Koreksional Dungun. Turut hadir ialah Encik Emisham bin Embong, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah.

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Pelajar Kolej Ketengah menyertai Program Khidmat Masyarakat