Pertandingan Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIP KPS) Peringkat Daerah Dungun dan Kemaman Tahun 2019

7
5
3
4
6
2
1

16 Mac 2019 : KPDNHEP Daerah Dungun dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kolej Ketengah telah menganjurkan Pertandingan Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIP KPS) Peringkat Daerah Dungun dan Kemaman Tahun 2019. Program ini telah dijalankan di Auditorium Kolej Ketengah Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu. Pertandingan ini diadakan bagi mencari wakil Kelab Pengguna Sekolah yang akan mewakili Daerah Dungun dan Kemaman ke Pertandingan Peringkat Negeri Terengganu.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran Encik Mohamad bin hashim; Ketua KPDNHEP Daerah Dungun, Encik Mohd Radzi bin Md Noor ; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding, Encik Ramli bin Jusoh; Pegawai Pelajaran Daerah Dungun dan Encik Mahzan bin Hamzah; Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman.

Tahniah diucapkan kepada Sekolah Menengah Imtiaz Dungun dan Sekolah Menengah Chukai Kemaman kerana telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan ini.

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Pertandingan Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIP KPS) Peringkat Daerah Dungun dan Kemaman Tahun 2019