Lawatan Pengurusan Kolej Ketengah ke TATI University College (TATIUC)

2
1
5
3

2 April 2019 : Kolej Ketengah telah membuat lawatan kerja ke TATI University College (TATIUC), Teluk Kalong, Kemaman Terengganu. Lawatan ini adalah merupakan satu usaha bersama di antara Kolej Ketengah dan TATI University College (TATIUC) bagi membincangkan peluang-peluang kerjasama Akademik pada masa hadapan.

Lawatan ini dihadiri oleh Encik Emisham bin Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah dan Puan Nur Umira binti Mustapha; Ketua Unit Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kolej Ketengah. Sambutan daripada pihak TATI University College (TATIUC) telah diatur oleh Dr Rozliza bt Ramli; Timbalan Rektor (Akademik dan Pengantarabangsaan), Dr. Ruzlaini Bt Ghoni; Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrikal & Automasi (FTKEA) dan Cik Shuhairah; Penolong Pendaftar (Akademik dan Pengantarabangsaan).

Pengurusan Kolej Ketengah berharap agar lawatan ini dapat memberi impak yang positif sebagai permulaan ke arah kerjasama yang erat pada masa-masa akan datang.  

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Lawatan Pengurusan Kolej Ketengah ke TATI University College (TATIUC)