Kolej Ketengah menyertai Ekspo TVET@KPLB 2019

 

12 - 14 April 2019 : Kolej Ketengah telah menyertai Ekspo Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang bertempat di UNIKL RCMP, Ipoh Perak.

Ekspo ini merupakan peluang terbaik untuk Kolej Ketengah membuat hebahan dan penerangan mengenai program-program TVET yang dijalankan kepada masyarakat luar. Diantara program TVET yang ada di Kolej Ketengah ialah Program Latihan Kemahiran & Kerjaya (PLKK) bagi Kursus Insulasi Paip Gas, Kursus Kimpalan (SMAW/WMA) - 6G, Kursus Pemasangan Fitter, Kursus Pengendalian Jentera Berat dan Kursus Painting & Blasting. Pengambilan pelatih bagi menyertai kursus-kursus ini telah dibuka dan dijangka latihan akan bermula pada Julai 2019. 

Bagi yang berminat mengikuti program ini bolehlah menghubungi kami di talian 09 8231093 / 1097 / 1087.

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Kolej Ketengah menyertai Ekspo TVET@KPLB 2019