Pelajar Kolej Ketengah Menjadi Sukarelawan Program Karnival Usahawan Desa (KUD) Zon Timur 2019

2
4
3
1

25 - 27 april 2019 : Seramai 16 orang pelajar telah menjadi petugas sukarelawan dan 6 orang pelajar menjadi pengacara majlis sepanjang Karnival KUD Zon Timur 2019 yang bertempat di Kuala Terengganu, Terengganu.  Antara program yang melibatkan sukarelawan yang terdiri daripada pelajar Kolej Ketengah ialah Pertandingan Mewarna Sekolah Rendah, Pertandingan Memasak Ikan Baung, Pertandingan Memasak Ikan Sungai (Talapia), Senamrobik, Pertandingan Dekorasi Kek Chef Cilik dan Pertandingan Mewarna Tadika.

Kolej Ketengah juga diberi kepercayaan utk mengendalikan Sepenuhnya Pertandingan Pakaian Beragam Tadika dengan penyertaan seramai 15 orang kanak-kanak yg berumur 5 hingga 6 tahun. Pihak pengurusan mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi kepercayaan kepada pelajar-pelajar Kolej Ketengah menguruskan aktiviti dalam program yang besar sebegini yang pastinya memberi impak yang baik kepada pelajar kami.