Selamat Datang Pelajar Baru Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sesi Mei/Jun 2019 Ke Kolej Ketengah

2
4
8
1
3
7
5
6
10
9

13 Mei 2019 :  Telah berlangsung sesi pendaftaran bagi kemasukan pelajar sesi Mei /Jun 2019. Seramai 76 orang pelajar telah mendaftarkan diri dalam program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Sepenuh Masa). Serentak dengan itu, Kolej Ketengah telah menjalankan kursus secara percuma iaitu ‘Foundation In English’ selama 40 jam bagi memantapkan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar tersebut sebelum sesi pengajian bermula.

Tahniah kepada semua pelajar yang terpilih dan Selamat Datang Ke Kolej Ketengah !!


Untuk makluman, permohonan bagi kemasukan Sesi Mei/Jun 2019 akan diteruskan sehingga 16 Jun 2019. Kepada yang berminat bolehlah menghubungi kami di talian 098222861 atau berhubung melalui aplikasi Whatapps di talian 01110690515 (Puan Umiera)

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Selamat Datang Pelajar Baru Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sesi Mei/Jun 2019 Ke Kolej Ketengah