Penyampaian Penajaan Pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kolej Ketengah

1b
1e
1a
1aa
1g
3
1c
1f
1
2

26 Mei 2019 : Majlis Penyampaian Penajaan Pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak kepada 8 orang pelajar Kolej Ketengah dari kalangan miskin tegar yang berasal dari Wilayah Ketengah telah di adakan  bertempat di TH Hotel, Terengganu semasa Program Berbuka Puasa KETENGAH bersama rakan media negeri Terengganu . Penajaan ini adalah daripada sumbangan CSR Syarikat Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd. Tajaan ini telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Zulkifli Bin Mohamad; Pengerusi KETENGAH. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YM.  Tg. Ahmad Nadzri bin Tg Musa; Pengurus Besar KETENGAH, Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad; Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH, Zainuddin bin Md Zaki; Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH / Pengerusi Kolej Ketengah.

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Penyampaian Penajaan Pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kolej Ketengah