Kem Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi Kolej Ketengah dan Tati University College (Tatiuc)

4
14
10
3
8
11
20
6
5
7
2
16
1
9

9 hingga 11 Julai 2019 : Kolej Ketengah telah bekerjasama dengan Tatiuc dalam menjayakan Kem Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi yang melibatkan seramai  19 orang siswa dan siswi dari Kolej Ketengah dan 30 orang siswa dan siswi dari Tatiuc.

Antara pengisian sepanjang kem ini ialah pengurusan organisasi, pengurusan konflik dan risiko serta prosedur penyediaan kertas kerja, pengurusan dokumentasi dan aktiviti in door & out door.

Kerjasama antara dua buah institusi ini memberi peluang kepada  pemimpin-pemimpin institut untuk menimba ilmu pengetahuan, mencungkil bakat dan membangunkan potensi diri.

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Encik Emisham bin Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah. Turut hadir ialah Ts. Dr. Mukhtar bin Malik; Dekan JPHEP Tatiuc, Puan Nurhayati binti Muhamad; Penolong Pendaftar HEPA Tatiuc dan Cik Sanurizwani bin Mat Sahad; Kaunselor Kolej Ketengah.

Semoga dengan penganjuran kem ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada pemimpin institut di samping dapat mengukuhkan lagi hubungan antara insitusi Kolej Ketengah dan Tatiuc.

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Kem Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi Kolej Ketengah dan Tati University College (Tatiuc)