Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Tabika dan Pra-Sekolah sempena Festival Kenyir 2019

7
5
1
4
2
8
6
3

25 Julai 2019: Kemeriahan Festival Kenyir 2019 pada hari pertama dimeriahkan dengan program Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Tabika dan Pra-Sekolah yang bertempat di Pentas Utama, Pengkalan Gawi Tasik Kenyir. Program yang dianjurkan oleh Kolej Ketengah dengan kerjasama Ketengah ini berjaya menarik penyertaan seramai 240 kanak-kanak Tabika dan Pra-Sekolah sekitar daerah Hulu Terengganu.

Penyampaian hadiah dan cenderamata kepada pemenang telah disempurnakan oleh YM Tg. Ahmad Nadzri bin Tg. Musa; Pengurus Besar KETENGAH. Turut hadir ialah Encik Mohd Radzi bin Mohd Nor; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding dan Encik Emisham bin Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah.

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Tabika dan Pra-Sekolah sempena Festival Kenyir 2019