Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Peringkat KETENGAH Tahun 2019

18 Ogos 2019 : Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Peringkat KETENGAH telah dijalankan di Balai Orang Ramai (BALORA) Bandar Al Muktafi Billah Shah. Majlis Ini telah disempurnakan oleh YBhg Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.

Kolej Ketengah telah diberi penghormatan bagi menyerikan majlis tersebut dengan  bacaan sajak dari pelajar Kolej Ketengah. Sajak yang bertajuk Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih telah dideklamasikan oleh Siti Fatihah Binti Ahmad Fauzi dan Muhammad Naqiuddin Bin Ramli; pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

 
 
 
You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Peringkat KETENGAH Tahun 2019