Kolej Ketengah menyertai Program Penghayatan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang Wilayah KETENGAH Tahun 2019

3
8
20
5
6
11
10
7
1
2

22 Ogos 2019 (Khamis) : Kolej Ketengah telah menyertai Program Penghayatan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang Wilayah KETENGAH Tahun 2019 yang dianjurkan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Program ini bertempat di Padang Astaka Kampung Pasir Gajah, Kemaman Terengganu. Program tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Haji Zulkifli bin Mohamad, Pengerusi KETENGAH. Program ini merupakan acara tahunan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dalam menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan dan juga satu wadah bagi kita memperingati jasa pejuang-pejuang terdahulu memperjuangkan kemerdekaan negara.

Seramai 80 orang pelajar daripada Batch 11 dan kakitangan telah terlibat dalam menjayakan program ini. Program bermula seawal jam 7.30 pagi dengan pengisian pelbagai aktiviti-aktiviti menarik. Kolej Ketengah juga telah membuka ‘Booth’ pameran bagi mempromosikan peluang pendidikan termasuklah sesi temuduga terbuka Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya. Turut bersama-sama memeriahkan program ialah Encik Emisham bin Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah.

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Kolej Ketengah menyertai Program Penghayatan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang Wilayah KETENGAH Tahun 2019