Kolej Ketengah menyertai Program Memasak Bubur Asyura bersama Komuniti Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu Tahun 2019

8
4
Untitled-1
7
5
2
3
6

Aktiviti memasak bubur asyura cukup sinonim dengan Sambutan Ma’al Hijrah. Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) turut meraikan sambutan Ma’al Hijrah ini dengan mengadakan Program Memasak Bubur Asyura Wilayah KETENGAH TAHUN 2019.

Bertempat di Pekarangan Balai Orang Ramai (Balora), Bandar Al-Muktafi Billah Shah pada 27 September 2019, Kolej Ketengah telah mengambil bahagian dengan memasak 1 kawah bubur asyura. Program ini membabitkan penglibatan seluruh warga Kolej Ketengah yang secara tidak langsung menggalakkan semangat bergotong royong seluruh warga Kolej Ketengah dengan program-program bersama Warga Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan penduduk setempat.

Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Ybhg. Dato’ Haji Zulkifli bin Mohamad; Pengerusi Ketengah dan Ym. Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa; Pengurus Besar Ketengah.

Turut bersama-sama dalam program ini ialah para penduduk Bandar Al Muktafi Billah Shah, termasuk agensi-agensi, pertubuhan sosial, dan pertubuhan bukan kerajaan.

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Kolej Ketengah menyertai Program Memasak Bubur Asyura bersama Komuniti Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu Tahun 2019