Kursus Jangka Pendek : Penulisan Dokumen Rasmi Berkualiti (Surat, Memo, Kertas Kerja dan Laporan Projek)

7
8
4
3
6
2
9
1
5

10 - 11 Oktober 2019 : Pegawai dan kakitangan Kolej Ketengah telah menyertai satu Kursus Penulisan Dokumen Rasmi Berkualiti (Surat, Memo, Kertas Kerja dan Laporan Projek) yang telah diadakan di H-Elite Design Hotel Kota Bharu Kelantan. Kursus ini dianjurkan oleh Pusat Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) Kolej Ketengah dan disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman iaitu Dr. Tengku Khairi bin Tengku A. Rahman.

Kursus selama 2 hari ini dirangka dengan cukup padat bagi memberikan pengetahuan bagaimana untuk membuat surat rasmi, memo, kertas kerja dan laporan projek yang lebih efektif dan sistematik mengikut amalan semasa Kerajaan Malaysia.

Pihak pengurusan kolej amat mengambil berat mengenai kemahiran dan tahap ilmu kakitangan dan berharap agar semua kakitangan dapat mempraktikkan semua ilmu yang dipelajari bagi setiap urusan seharian di pejabat.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Emisham bin Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah.

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Kursus Jangka Pendek : Penulisan Dokumen Rasmi Berkualiti (Surat, Memo, Kertas Kerja dan Laporan Projek)