Kursus Jangka Pendek : Team Building (Together We Achieve) KHSB 2019

7
12
6
14
13
4
5
8
9
15
11
1
2
10
3

21-23 November 2019 : Pusat Latihan Kemahiran dan kerjaya (PLKK) Kolej Ketengah telah menganjurkan Kursus Team Building (Together We Achieve) kepada 48 pegawai dan kakitangan Ketengah Holding Sdn Bhd. Bertempat di Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Pahang. Kursus ini biayai penuh melalui Levi HRDF syarikat tersebut. Penceramah yang dijemput adalah Michael Teoh Su Lim; Ikon Belia Kebangsaan Malaysia dan Dr. Tengku Khairi bin Tengku A Rahman. Mereka merupakan ‘External Consultant’ Pusat Latihan Kemahiran dan kerjaya (PLKK) Kolej Ketengah.

Tujuan kursus ini diadakan adalah sebagai usaha jangka panjang dalam melahirkan kakitangan yang setia, berintegriti dan bekerjasama di bawah satu matlamat. Kursus ini akan turut memberi pendedahan kepada setiap kakitangan berkaitan sikap dan tanggungjawab yang perlu ada dalam diri kakitangan di samping meningkatkan potensi diri bagi memajukan organisasi selaras dengan visi, misi dan objektif agensi/syarikat.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Y.M. Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa; Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Turut hadir ialah Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding dan Emisham bin Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah.

Pusat Latihan Kemahiran & Kerjaya (PLKK) Kolej Ketengah sedang giat menjalankan pelbagai kursus-kursus jangka pendek untuk sektor kerajaan mahupun swasta. Kami mengalu-alukan mana-mana syarikat yang ingin menghantar kakitangan mereka dengan menggunakan Levi HRDF untuk menyertai kursus bersama PLKK.

Untuk pertanyaan dan penganjuran kursus bolehlah menghubungi Puan Ida di talian 0199983213

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Kursus Jangka Pendek : Team Building (Together We Achieve) KHSB 2019